Lazat, lembut, berkrim, berkhasiat. 

Kopi Abeena (Original) Kopi Abeena(Gula Perang)
Bahan: Ekstrak bijan hitam, barli cina, kurma. Bahan: Ekstrak bijan hitam, barli cina, kurma.
Harga: RM35.00 Harga: RM35.00
   
Kopi Abeena (Gula Perang Papan) Susu Unta Coklat Abeena (Gula Perang)
Bahan: Ekstrak bijan hitam, barli cina, kurma. Bahan: Ekstrak bijan hitam, kismis, kurma, susu unta, coklat.
Harga: RM35.00 Harga: RM29.50
Kehabisan Stok  

  

Kopi Abeena diadun dengan bahan-bahan yang dipilih dengan teliti.

 

Sejak beribu tahun masyarakat Asia Timur menggunakan bijirin bijan hitam (black sesame) dan barli cina (coix seed) sebagai makanan yang meningkatkan tahap kesihatan dan ketahanan badan. Oleh kerana dua bijirin ini tergolong di dalam kategori makanan, maka ia dikonsumsi secara kerap oleh semua ahli keluarga. Banyak resepi-resepi tradisional yang masih digunakan sehingga ke hari ini bagi menggalakkan pengambilan bijirin-bijirin ini secara lebih kerap.

  

 

Di dalam catatan-catatan ilmu herba tradisional Cina, bijan hitam membantu fungsi hati, darah dan ginjal. Ia berfungsi membantu melembabkan kekeringan dan melancarkan fungsi usus besar. Bijirin ini kaya dengan Omega-6, zat besi, kalsium, magnesium dan fosforus.

 

Barli Cina pula membantu masalah kelembapan serta menguatkan fungsi-kerja limpa dan pankreas. Bijirin ini menghapus apa-apa sumbatan penyebab rasa sakit dan membantu membuang nanah. Ia dikatakan boleh melerai lalu membuang panas-lembab (balgham).

 

Buah kurma (tamar) adalah makanan asas paling penting di Asia Barat. Bukti arkeologi mengenai penanaman, penggunaan dan khasiatnya telah ada sejak 7000 SM. Kurma kaya dengan tenaga, serat dan zat mineral. Mengambil kurma selalu diketahui baik untuk kesihatan sistem penghadaman dan ketajaman mental.

  

Semua bahan diadun untuk anda dengan teliti, supaya khasiat terbaik mudah dinikmati setiap hari. Khasiat-khasiat dari adunan unik ini membantu masalah sembelit, senggugut, haid tidak normal, dan tidak lawas membuang air kecil. Kopi Abeena, tentunya mengembalikan keceriaan.

 

Klik di sini untuk menghubungi ejen-ejen berdekatan anda untuk menikmati "khasiat dalam nikmat" anda.